Sejenak Renungan Selebar Senyuman Selautan Pemikiran...
Sunday, 8 September 2013
KENAIKAN HARGA MINYAK YG PERLU ANDA TAHU..
Kenaikkan harga minyak telah mengundang kemarahan kepada rakyat yang menyokong dan membangkang kerajaan. Hakikatnya kenaikkan harga minyak ini benar-benar tidak dialu-alukan dalam keadaan rakyat bertungkus lumus untuk mencari rezeki menyara keluarga. Ini berikutan dengan kurangnya pemahaman mereka akan konsep subsidi minyak yang telah diberikan oleh kerajaan selama ini. Sesetengah rakyat tidak sedar akan wujudnya “subsidi minyak” yang menyebabkan mereka menuduh kerajaan sengaja menaikkan harga minyak selepas memenangi Pilihanraya Umum ke 13.
Dalam masa yang sama, pembangkang telah mengambil kesempatan sepenuhnya untuk memburukkan kerajaan ke tahap maksima. Dengan nada mengejek mereka mempersendakan para pengundi yang telah memilih kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 13 yang lepas. Slogan mengejek Barisan Nasional sinonim dengan Barang Naik telah dilagukan dengan berterusan dan kencang dalam media sosial.
Konsep subsidi tak lestari iaitu tidak boleh ditanggung selamanya ataupun “unsustainable” ini menjadi titik tolak kenaikkan harga minyak ini. Keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan menyebabkan kerajaan terpaksa mengurangkan paras subsidi.
Subsidi minyak juga mencetuskan fenomena subsidi yang tidak adil kepada rakyat. Walaupun tujuan subsidi minyak adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dengan mengurangkan inflasi namun rakyat yang berpendapatan tinggi juga menikmatinya.
Rakyat yang menggunakan motosikal dan kereta Kancil menikmati faedah apabila harga petrol murah. Pada masa yang sama juga rakyat yang berpendapatan tinggi yang menggunakan kereta 4,000cc atau 5,000cc pun turut menikmati subsidi dari kerajaan walaupun mereka ini sepatutnya tidak layak.
Fenomena ini menggambarkan mereka yang menggunakan motor dan kancil mendapat sedikit subsidi kerana kadar penggunaan minyak untuk motor dan kancil adalah sedikit. Manakala penggunaan minyak yang banyak untuk kereta mewah seperti Mercedes ,BMW dan lain-lain lagi menunjukkan bahawa golongan berpendapatan tinggi ini mendapat subsidi minyak yang maksima. Dengan pengurangan subsidi minyak maka akan menyaksikan pengurangan subsidi yang dinikmati oleh golongan kaya sebenarnya.
Pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan masih lagi meletakkan harga minyak Negara sebagai antara yang termurah jika dibandingkan dengan Negara-negara jiran terdekat seperti Singapura dan Thailand. Ini yang mendorong penyeludupan minyak secara besar-besaran ke Negara jiran.
Oleh itu rakyat Malaysia masih harus bersyukur kerana kita masih lagi menikmati harga minyak yang murah pada masa ini. Dalam masa yang sama rakyat harus faham konsep subsidi ini yang mampu memberi impak kepada ekonomi Negara.
Dengan fakta bahawa pengurangan subsidi minyak untuk menstabilkan ekonomi Negara maka pembangkang mula menyalak bahawa Malaysia bakal muflis dengan hutang pada kadar 53.76%.Mengapa pembangkang mendewa-dewakan Singapura sedangkan kadar hutang mereka adalah 113.18% . Jika kita menggunakan akal yang waras maka sepatutnya Singapura sudah lama bangktrap dan muflis dengan kadar hutang 113.18%.
Kesimpulannya pembangkang akan memutar belitkan fakta untuk memburukkan kerajaaan Barisan Nasional di mata dunia untuk memudahkan mereka merampas Negara. Oleh itu kerajaan harus menggunakan media arus perdana dan media sosial secara maksima untuk menyalurkan maklumat dan fakta yang betul untuk menerangkan kedudukan sebenar ekonomi Negara.
Sumber : MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN

Subscribe to:
Posts (Atom)