Wednesday 28 September 2011

RASIONALISASI SUBSIDI

Kerajaan telah melaksanakan dasar untuk merasionalisaikan subsidi. Secara prinsipnya, kita percaya subsidi adalah penting bagi golongan dan sektor yang memerlukan. Namun begitu, kita mesti faham bahawa sumber kerajaan adalah terhad manakala permintaan pula bersifat tidak berkesudahan. Justreu, untuk menjadi sesuatu faktor yang positif, subsidi mesti dioptimakan dengan memberikannya kepada kumpulan dan sektor sasar yang benar- benar memanfaatkan rakyat dan negara. Maksudnya di sini, adalah tidak adil kepada mereka yang memerlukan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan, seandainya subsidi diberikan secara pukul rata tanpa mengira kemampuan....

Thursday 22 September 2011

PAS VS DAP..

Nik Aziz bidas Karpal isu hudud


2010/08/22

KOTA BHARU: Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam mempertikaikan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju cadangan pemimpin PAS itu bahawa pelaksanaan hukum hudud cara terbaik mengatasi masalah jenayah dan sosial di negara ini.

Mursyidul Am Pas itu turut hairan dengan sikap Karpal yang disifatkannya berbeza dengan kebanyakan pemimpin DAP yang terpelajar dan intelektual serta memahami perjuangan PAS memperjuangkan undang-undang Islam berkenaan.
Sehubungan itu, Nik Aziz menyuarakan kesediaan bertemu Karpal bagi menjelaskan perkara itu.
“DAP (cuma dia) seorang, kita nak tahu kenapa dia tolak (undang-undang hudud)... adakah menganiaya orang, mereka tidak pernah berdepan dengan orang PAS, dia duduk di sana, kita duduk di sini, tak pernah berdepan.

“Orang begini payah. Bagaimanapun kita akan membuat penerangan secara umum. Ia masalah (kenyataan) peribadi, (pemimpin) DAP lain senyap, (pemimpin) DAP adalah orang berpelajaran dan intelektual, mereka faham.

“Jika Karpal mahu berjumpa saya, Alhamdulillah... tetapi saya nak jumpa dia agak susah sikit, saya banyak kerja,” katanya di rumahnya di sini, semalam.
Semalam, akhbar melaporkan Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz bahawa cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial ialah dengan meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.


Tuesday 13 September 2011

Mengapa subsidi Petrol dan Gula dikurangkan....

- Lebih 71% dinikmati golongan berpendapatan tinggi, warga asing dan pertengahan.
- Hampir 70 % digunakan untuk tujuan perniagaan.
- 2 kali ganda gula digunakan untuk perniagaan dan industri berbanding isi rumah.
- Penggunaan petrol tinggi di Malaysia berbanding negara lain di rantau ini.

Wednesday 7 September 2011

Ikuti Sejarah Mat Indera..Mat Sabu buta sejarah...

Muhammad (Ahmad) bin Indera atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera merupakan salah seorang pemimpin komunis yang berada di bawah perintah Chin Peng. Dia menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak Polis dalam peristiwa Bukit Kepong.
Ahmad bin Indera dikatakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

PENDIDIKAN

Ahmad bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937. Beiau pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Dia kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama. Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar, Johor.

POLITIK

Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
mohd inderaApabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Ahmad bin Indera telah bertindak menyertai pergerakan gerila komunis di dalam hutan, kemungkinannya terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Dia mengetuai pergerakan komunis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.
mat indera indra (1)
KEMATIAN
Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.