Monday 30 January 2012

1 MALAYSIA..BANGSA MALAYSIA PERLU BERSATU UNTUK KEPENTINGAN SEMUA RAKYAT..

Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanya untuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan persatuan Islam dan Melayu. Email yang diforwardkan kepada saya menyeru agar memboikot roti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary(BERNAS) dan ramai orang Melayu mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokok tambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai oleh orang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka! Kini mereka telah melampaui batasan dengan mencetuskan sentimen perkauman, ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI MATI MELAYU BABI”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.

Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum.

Sunday 29 January 2012

DAP....DAP....DAP...

DAP Kuasai Pembangkang...
Ikuti fakta berikut  mengikut jumlah kerusi dalam Parlimen:

DAP : 29 kerusi
PKR : 25 kerusi
PAS : 23 kerusi

Daripada jumlah tersebut, 38 daripadanya Ahli Parlimen yang bukan Islam.
daripada jumlah tersebut, 39 daripadanya Ahli Parlimen  orang Islam.

KESIMPULANNYA:

Sokong Pembangkang bermaksud kita kan melemahkan lagi kekuatan Islam dalam Parlimen.

LENGKAPNYA PROSES PERUNDANGAN..

Selama 3 tahun menanti, akhirnya pada tanggal 9 Januari 2012, penghakiman tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selesai selepas dia dibebaskan atas alasan tiada keterangan yang menyokong pengakuan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga bekas pembantu Anwar.
Keputusan mahkamah Tinggi itu membuktikan bahawa sistem kehakiman negara adalah telus dan tidak dikawal oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti didakwa Pembangkang. Tuduhan itu juga tiada konspirasi atau agenda yang dirancang oleh mana- mana pihak.

Slogan Negara Berkebajikan PAS...

SELANGOR
pelbagai isu ternyata gagal diselesaikan oleh PAS, spt arak, judi dan maksiat yang berleluasa. PAS tunduk kepeda DAP. Apabila Datuk Hasan Ali mengkritik mengenai perkara itu, dia dikenakan tindakan dan digugurkan daripada parti.

KELANTAN
Semenjak 20 tahun lebih pemerintahan PAS di bawah Nik Aziz, boleh dikatakan semua keperluan asas rakyat seperti air, bekalan elektrik dan juga tempat tinggal masih lagi menjadi satu masalah besar. Semua rakyat negeri kelantan sedar masalah tersebut.

PULAU PINANG
PAS gagal mempertahankan nasib peniaga Melayu apabila kerajaan negeri meroboh gerai milik mereka. Bersepakat dengan DAP Pulau Pinang untuk mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal bukan Islam.

KEDAH
Janji nak bagi elaun kpd Tok Imam dan Bilal masjid..habuk pun tarak..Janji ada dana teroka untuk Bumiputera. Sampai sekarang tak tahu siapa yang dapat dana tersebut.Janji hendak tambah hasil penternak keli di bawah projek Kedah Agro. Sampai sekarang xderr..janji kemungkinan untuk turunkan caj air demi kebajikan rakyat. Apa yang berlaku ialah rakyat kena bayar bil air di pejabat SADA sahaja.