Sunday 8 September 2013

Lucut Kewarganegaraan Pengkhidnat Negara

HINA BENDERA 1

KENAIKAN HARGA MINYAK YG PERLU ANDA TAHU..

Kenaikkan harga minyak telah mengundang kemarahan kepada rakyat yang menyokong dan membangkang kerajaan. Hakikatnya  kenaikkan harga minyak  ini benar-benar tidak dialu-alukan dalam keadaan rakyat bertungkus lumus untuk mencari rezeki menyara keluarga. Ini berikutan dengan kurangnya pemahaman mereka akan konsep subsidi minyak yang telah diberikan oleh kerajaan selama ini. Sesetengah rakyat tidak sedar akan wujudnya “subsidi minyak” yang menyebabkan mereka menuduh kerajaan sengaja menaikkan harga minyak selepas memenangi  Pilihanraya Umum ke 13.

Dalam masa yang sama, pembangkang telah mengambil kesempatan sepenuhnya untuk memburukkan kerajaan ke tahap maksima. Dengan nada mengejek mereka mempersendakan para pengundi yang telah memilih kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 13 yang lepas.  Slogan mengejek Barisan Nasional sinonim dengan Barang Naik telah dilagukan dengan berterusan dan kencang dalam media sosial.

Konsep subsidi  tak lestari iaitu tidak  boleh ditanggung selamanya ataupun  “unsustainable” ini menjadi titik tolak kenaikkan harga minyak ini. Keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan menyebabkan kerajaan terpaksa mengurangkan paras subsidi.

Subsidi  minyak juga mencetuskan fenomena subsidi yang tidak adil kepada rakyat.  Walaupun tujuan subsidi minyak adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dengan mengurangkan inflasi namun rakyat yang berpendapatan tinggi juga menikmatinya.

Rakyat yang menggunakan  motosikal dan kereta Kancil menikmati  faedah apabila harga petrol murah. Pada masa yang sama  juga rakyat yang berpendapatan tinggi yang menggunakan kereta 4,000cc atau 5,000cc pun turut menikmati subsidi dari kerajaan walaupun mereka ini sepatutnya tidak layak.

Fenomena ini menggambarkan mereka yang menggunakan motor dan kancil mendapat sedikit subsidi kerana kadar penggunaan minyak untuk motor dan kancil adalah sedikit. Manakala penggunaan minyak  yang banyak untuk kereta mewah seperti Mercedes ,BMW dan lain-lain lagi menunjukkan bahawa golongan berpendapatan tinggi ini mendapat subsidi minyak yang maksima. Dengan pengurangan subsidi minyak maka akan menyaksikan pengurangan subsidi yang dinikmati oleh golongan kaya sebenarnya.

Pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan masih lagi meletakkan harga minyak Negara sebagai antara yang termurah jika dibandingkan dengan Negara-negara jiran terdekat seperti Singapura dan Thailand. Ini yang mendorong penyeludupan minyak secara besar-besaran ke Negara jiran.

Oleh itu rakyat Malaysia masih harus bersyukur kerana kita masih lagi menikmati harga minyak yang murah pada masa ini. Dalam masa yang sama rakyat harus faham konsep subsidi ini yang mampu memberi impak kepada ekonomi Negara.

Dengan fakta bahawa pengurangan subsidi minyak untuk menstabilkan ekonomi Negara maka pembangkang mula menyalak bahawa Malaysia bakal muflis dengan hutang pada kadar 53.76%.Mengapa pembangkang mendewa-dewakan Singapura sedangkan kadar hutang mereka adalah 113.18% . Jika kita menggunakan akal yang waras maka sepatutnya Singapura sudah lama bangktrap dan muflis dengan kadar hutang 113.18%.

Kesimpulannya pembangkang akan memutar belitkan fakta untuk memburukkan kerajaaan Barisan Nasional di mata dunia untuk memudahkan mereka merampas Negara. Oleh itu kerajaan harus menggunakan media arus perdana dan media sosial secara maksima untuk menyalurkan maklumat dan fakta yang betul untuk menerangkan kedudukan sebenar ekonomi Negara.
Sumber : MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN

REALITINYA

PAS XKAN KE MANA..

TQ

GREAT PM

Hakikatnya..


SEADANYA UMNO..DULU ..KINI & SELAMANYA..

Ohh Pembangkang..

Sekadar Renungan..

Thursday 5 September 2013

Pas xder pendirian...

Punca Harga Minyak Naik

Info Minyak..

Penderhaka Negara!

Fakta Minyak Malaysia

Jom ke Panggung...

Hina & Ganti Bendera Malaysia Semakin Melampau

Info Harga Minyak Naik..

Semua Pihak Perlu Berkorban Demi Keselesaan Hidup
PENGUMUMAN kerajaan mengenai harga baru petrol dan diesel berkuat kuasa tengah malam tadi adalah sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api. Inilah antara usaha kerajaan untuk mengurangkan pembiayaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun.
Jika subsidi yang besar itu dapat dikurangkan bermakna, wang tersebut dapat diagih untuk disalur kepada projek pembangunan untuk rakyat.
Memandangkan kenaikan harga minyak global yang mendadak naik sejak tahun lalu, adalah wajar satu formula mengurangkan subsidi minyak dilakukan sekarang. Harga minyak bukan lagi naik setakat AS$70 setong pada tahun 2006 dahulu tetapi kini pernah melepasi AS$137 setong baru- baru ini.
Walaupun Perdana Menteri mengumumkan harga baru bahan api, tetapi hakikatnya kerajaan masih berusaha memastikan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat dapat diringankan terutama golongan berpendapatan rendah.
Walaupun harga minyak diapungkan mengikut harga pasaran global sekarang, tetapi ia masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini.
Malah bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju 'memulangkan' wang subsidi dalam bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal.
Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai, mereka mendapat pengurangan cukai jalan mengikut kadar tertentu berkuat kuasa 1 Jun 2008.
Begitu juga untuk mengurangkan bebanan kos kenaikan diesel bagi syarikat pengangkutan yang diluluskan, syarikat pengangkutan vesel dan nelayan, kerajaan bermurah hati membayar dalam bentuk tunai atau insentif.
Selepas pengumuman Perdana Menteri semalam, sudah tentu rakyat mengharapkan para peniaga tidak menjadikan alasan kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.
Semua pihak harus berkorban sedikit demi kebahagiaan bersama. Masalah harga barangan tidak mungkin selesai jika setiap kali berlaku kenaikan harga minyak perlu diikuti peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.
Peniaga harus juga menunjukkan tanggungjawab moral dan sosialnya kepada rakyat negara ini.
Kita wajar sedar bahawa selama ini rakyat sama ada pekerja swasta atau awam, peniaga atau petani berjaya mencapai mutu hidup seperti sekarang adalah hasil nikmat daripada kewujudan subsidi minyak.
Oleh itu, penarikan balik subsidi minyak hari ini harus menyedarkan rakyat bahawa mereka perlu berkorban dan mengubah tabiat berbelanja.
Urusan mengubah tabiat berbelanja ini berkait rapat dengan berjimat cermat dalam semua bentuk perbelanjaan bagi membolehkan hasil penjimatan ini digunakan untuk menampung harga minyak yang tidak disubsidikan lagi.

Minyak...Oh Minyak..

Pengguna Mesti Kreatif Hadapi Krisis Minyak
Sudah banyak keluhan dan kegusaran yang kita dengar berikutan isu harga minyak yang terus mencatatkan rekod tertinggi saban hari. Para individu, syarikat-syarikat dan pihak kerajaan di seluruh dunia semakin waspada dengan senario kenaikan sekarang. Rakyat Malaysia meskipun cemas dengan berita kenaikan harga minyak, tetapi masih mendapat subsidi yang sedikit sebanyak menjadikan pengguna di negara ini tidak begitu terdedah secara langsung dengan keadaan pasaran minyak semasa.
Berpeluang tinggal di Australia dan menggunakan kereta di sini, kesan kenaikan harga minyak dunia sangat dirasai. Keadaan di Australia agak berbeza kerana stesen petrol di sini meletakkan harga minyak mengikut perubahan harga pasaran.
Lebih memeritkan, pembelian minyak juga dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ini menjadikan para pemandu di sini lebih merasakan bahana krisis sekarang. Berikutan harga minyak di Australia yang berubah mengikut harga semasa, para pengguna di sini responsif dengan perkembangan yang berlaku.
Apa yang menarik, dalam keadaan krisis yang memuncak, manusia menjadi semakin kreatif. Pelbagai kaedah dicari sebagai alternatif untuk mengurangkan beban kenaikan kos bahan bakar.
Antaranya, terdapat pengguna yang menggunakan minyak masak sayuran yang dikitar semula sebagai bahan api kenderaan. Perkara ini semakin popular dan semakin banyak kajian sedang dijalankan bagi mempertingkatkan kadar efisiensi pembakaran.
Ada juga yang menaiki kuda sebagai kenderaan. Kuda sukar diperolehi di Malaysia, tetapi alternatif basikal boleh diambil kira. Kedua-dua kaedah ini selain tidak memerlukan minyak, membolehkan kita beriadah di samping mesra alam. Rasanya, penggunaan motosikal adalah lebih popular bagi kebanyakan kita di Malaysia.
Jika rakyat Malaysia memilih alternatif bermotosikal sebagai langkah berjimat, sayugia diingatkan agar para penunggang motosikal lebih berhati-hati. Seperti kita sedia maklum, korban di jalan raya di Malaysia kebanyakannya melibatkan mereka yang bermotosikal.
Selain itu, terdapat juga ura-ura penerbangan tambang murah JetStar akan memperlahankan kelajuan kapal terbangnya bagi mengurangkan penggunaan tenaga. Dengan ini pihak syarikat dikatakan tidak perlu menaikkan tambang tiket di mana jika ini dibuat, tiadalah maknanya istilah penerbangan tambang murah lagi.
Jika harga minyak dunia terus melonjak, diramalkan kerajaan Malaysia akan terpaksa memindahkan sedikit beban kenaikan ke atas para pengguna. Pasti pengguna di Malaysia kecewa kerana kita punya syarikat minyak nasional yang pada hemat ramai, jika wang hasil minyak cermat diurus, manfaat kepada ramai wajar sama-sama kita rasai.
Para pengguna perlu mengambil langkah awal sebelum harga minyak mencecah AS$200 setong. Jika anda selama ini berulang berpuluh-puluh kilometer dari tempat kerja, mungkin mencari rumah yang dekat dengan pejabat perlu difikirkan. Kebergantungan terhadap pengangkutan awam juga akan semakin meningkat dalam keadaan harga minyak yang tinggi. Di sini, tahap kecekapan sistem pengangkutan awam di Malaysia perlu direformasikan.
Cadangan mewujudkan bas ekspres rakyat juga adalah sesuatu yang baik. Yang kurang enaknya, jurang kaya dan miskin mungkin semakin ketara. Mungkin kita akan kembali seperti dulu, boleh memilih menaiki bas berhawa dingin atau bas tidak berhawa dingin (boleh dibuka tingkapnya).
Alternatif lain ialah dengan berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Mungkin para majikan juga perlu dirayu untuk menaikkan elaun perjalanan.
Melihat dari sudut positif, kesempatan krisis minyak kali ini juga sejajar dengan kegawatan peningkatan suhu dunia. Semakin kita berusaha mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil, semakin kuranglah kesan negatifnya kepada alam sekitar.
- MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD, University of Tasmania, Australia

Isu Kenaikan Harga MInyak

Kerajaan tidak bersedia membayar tambahan 20 sen dengan menambah kos subsidi sebab ia akan lebih menguntungkan orang kaya. Kos perbelanjaan pengangkutan (penggunaan) mereka lebih tinggi berbanding yang berpendapatan rendah.

Tindakan kerajaan ini mampu menjimatkan RM1.18 billion pad atahun ini dan RM3.38 setiap tahun akan datang.