Wednesday 7 March 2012

PERJUANGAN ASAL PAS SUDAH LARI DARI LANDASAN ASAL.

Datuk Dr Hassan Ali berkata beliau telah hilang keyakinan terhadap Pas dan tidak akan merayu terhadap parti kerana ia telah lari perjuangannya daripada Islam.

Malahan bekas Exco agama Islam Selangor itu berkata beliau tidak mempunyai niat untuk kembali kepada Pas selagi kepimpinan parasit berada di dalam parti itu.

“Selagi ada parasit di dalam parti saya tidak akan kembali kepada Pas malahan parti itu telah lari daripada perjuangan Islamnya. “Perjuangan asal parti iaitu Islam sewaktu dulu menjadi sebab utama saya menyertai Pas pada masa dulu,” katanya.

Dr Hassan dipecat daripada exco dan keahlian Pas setelah beliau didapati tidak sependapat dengan kepimpinan parti serta kerajaan negeri.

Beliau merupakan antara pejuang Islam yang sejati kerana beliau cuba mengakkan Islam dengan menghadkan penjualan arak serta isu murtad orang Islam di negara ini.

Namun Pas terlalu tunduk kepada DAP dan PKR dengan membuang Dr Hassan tanpa diadili dengan adil disebabkan tunduk kepada parti anti Islam dan parti penyokong Israel.

No comments:

Post a Comment